Wednesday, March 31, 2010

Meow....





Teringat kat kucing yg pernah kami pelihara dulu....

Kucing ni kami jumpa kat lift umah sewa...Dlm sangkar dia...2 ekor ni la..sekor putih..sekor lagi kelabu...comeii dan bersih...kitten lagi...

Memang Mama dan Papa sukakan kucing...so apa lagi..tanya cleaner saper punya...cleaner tuh kata org x mau...dia letak situ kasi saper2 yg jumpa..kalau nak amik shj lah...

Apa lagi..kami pun ambil bawa balik umah......

Actually dok appartment tak leh pelihara pet kan..Tapi kami siap belikan pasir utk kitten ni berak ngan kencing...Ajar berak -kencing kat toilet x mau laks dia..kami pun x der pengalaman jaga kucing kan...Klu kat umah kg kita siap lepas shj...dia pandai2 la buang kat tnh kan...ni apartment ni mana dia mau pergi...tu yg sediakan pasir tu letak kat balkoni....

Kucing2 ni sgt bijak dan aktif...Aku suka....Kalau kita balik keje kan...dia siap lari-lari tunggu kita depan pintu..pastu main2 kat kaki kita...Comeii bangatt....

Ade la juga seminggu kami sempat jaga..lepas tuh Si Putih hilang..tatau mana pergi...

jadi yg Kelabu ni jadi x tentu hara bila Putih ilang....dia jadi cam mereng sikit...dia dok miow-miow sekor2 panggil Putih...kesian aku tgk.....Ha..kami namakan Si Kelabu ni dgn nama 'Blur' sebab dia selalu cam mereng2 lepas Papa hembuskan asap rokok kat dia...Hahahahaaa......
Semenjak Putih x der...Blur mmg jadi x tentu hara...dia cam cakar2 kita tau...


Abis citer..kami bawa Blur balik kg...kasi dia aman nak lari sana-sini nanti....

Tapi bila bawa balik kg kan...Blur buat hal...dia berak merata...(sebab kat umah kami sediakan pasir)..kat kg dia x tahu laks nak berak kat tnh lapang tuh...dia g cari bekas pasir juga..tapi mana ader sediakan..tu yg dia berak-kencing merata....aduhai....

Buat masalah laks......

Mkn pun sama...di ax mkn mknana kucing kg...cam ikan..nasi tu kan...dia nak mkn Frieskies shj...alamak...susah lah Ibu kat kg klu cam nih...


Alih-alih...Blur diletakkan di pasar...supaya dia pandai bergaul bersama2 kucing2 yg lain.....

Jadilah Blur seekor kucing yg liar......

dan disitulah pengakhirannya...kami dah x jumpa Blur...At least tak buang Blur kat ceruk2 mana kan...At least Blur dapat mkn juga kan kat pasar tuh........



Tuesday, March 30, 2010

Photofunia


















Mama syok laks nak update gambar kat blogs ni...Kadang2 boring buat keje..Ngular jap g update blogs...Hehehhehehee...(Jgn bgtau bos)...
Kat umah mmg x der masa nak berblog-blog nih ha...
Activity lepas balik keje..sampai umah..solat Asar dulu...Pas solat klu rajin masak...Masak la apa yg terlintas di kepala dan yg nyata yg simple-simple jerk...
Sib baik Papa x kisah sgt...x der la Papa request nak mkn yg susah di masak...
Dan Mama pun bukan pandai masak...Hahahaaaaa..
Lepas masak..kemas dapur..cuci pinggan...cuci botol susu..(ader 8 botol...4 utk Dina...4 utk Dani)..bukak beg budak2..amik pakaian kotor...masuk mesin..cuci..
Kol 7.30 kasi mkn Dina ngan Dani (kena suap..klu x sepah lantai..nak cuci lagi dah malas..)
Siap mkn..kemas pinggan kotor..cuci lagi..Pastu amik pakaian yg siap cuci..g idai laks.....
Dah mlm...ngantuk...nak tidolah..apa lagi....
Dah tu mana masa nak berblogs...?????..:)



Monday, March 22, 2010

Hot Air Beloon...











Sabtu lepas kita g Putrajaya sebab nak tgk Hot Air Beloon nih la.....
Dina kata Belon besar......
Seronok juga..tapi x leh g lama2 sebab Dina x sihat sgt..
Bdn Dina suam2 pagi tu..
Dlm pukul 10.30 kami dah balik umah dah.....




Wednesday, March 17, 2010

Mlm hari...








Gambar sblm masuk tido.....
Sekarang Dina asal amik gambar jerk mesti buat peace.....
Ni mata terpejam2 ni sebab flash camera tuh...
Tgk lah Dani pakai baju pink Dina...
Heheheee...
Tak nampak cam pompuan pun kan...
Boy tetap Boy...
Macho tetap Macho gituuu.....


Tuesday, March 16, 2010

Activity Hari Ahad




Hari minggu x kuar g mana2 pun..Lepak umah shj..
Actually Mama kena keje...
So Dina dan Dani kena main sendirilah..
X bole kaco Mama buat keje.....
Pagi ikut Papa kuar cuci keter...
Balik je umah bawa coklat yg byk...
Kena gosok gigi lepas ni Dina kata...
Panadai la dia..kalau nak mkn coklat macam2 la dia kata..
Kata jer nak gosok..lepas dpt coklat x gosok juga...

Jln2 ujung minggu


















Hari tu singgah Blog AS...
Comeinya anak2 dia...
Pas tu tertarik ngan tempat yg AS pergi..
I-City...
Kat Shah Alam nun....
Terlanjur dah kuar g tgk anak E1 (sepupu hubby) terus la g i-City ni..
Jamednya...mak aiiiiiii....
Tapi sebab dah sampai situ kan...Dina dah lonjak2 nak kuar kete.....

Thursday, March 11, 2010

CNY celebration kat opis




Angpow ni berisi RM..????

Boleh la nak belanja Papa,Dina ngan Dani mkn KFC..

Hehheeeeee




Hari ni buat sambutan CNY
Huh...dah nak sebulan CNY kan..
Ader mkn2..
Dan tema adalah merah...
Tak tahu laks ader pertandingan Baju Melaram..
hahahaha..

Alih2 Mama dapat...'Angpow'..
Hahhahaa..

Wednesday, March 10, 2010

Panduan

Hari ni dapat email dr Fiezah..
Bagus juga utk dibaca..

So far ni kawen selama 5 thn ngan Papa tiada lagi masalah kronik yg berlaku..
Alhamdulillah dapat Papa yg penyabar..
Suka layan kerenah anak2 ngan kerenah Mama..

Apa yg penting adalah 'KERJASAMA"
Dina pun suka tgk Wonder Pet..
Apa laks ni tetiba WONDER PET nih..
Sebab ader KERJASAMA tu la...
Heheheee..

Marilah baca artikel dibawah ni buat Panduan dan Pedoman kita bersama....




21 Pesanan Isteri Untuk Suami
Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak
peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra,
tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan
pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada
lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan
rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai
ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah
kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu
diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan
cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
PakarHowTo.Com

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok
kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan
macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa
boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan
perempuan kedekut!.
PakarHowTo.Com

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri
anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya
laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,
anda juga yang rugi!

Dipetik dr :
Dapatkan koleksi petua, rahsia, panduan, tips, teknik dan ‘How To’ secara
PERCUMA di sini http://www.pakarhowto.com

Edit gambar bersama Ateh Won

Gambar ni masa Ateh Won dah nak fly to Perth
Mlm tu g hantar Ateh Won kat LCCT
Dina dah melepek dah..
Masa ni Dina 1st time kena chic pox..
Sib baik x jangkit Ateh Won..
Klu x satu kolej Ateh Won jangkit nih

Dani cam biasa lari sini-sana..
Mmg active la ank laki2 nih
Mmg lelaki sejati betul....
Pakai merah dah sama dah tu ngan Air Asia punya tema...
Hehheheheheee
Dani paling suka ngan Roda..
Abis la troly kat situ dia dok belek....
Belek sana...belek sini..
Try pusing2kan tyre nya..
Abis la kotor tgn...tu yg aku risau..nanti tgn masuk mulut laks..
Haaaa..kan kotor tu..
Tu yg aku kena pantau selalu tuh
Kan sekarang penyakitnya macam2 la.....
Mamalah yg penat kejar Dani...
Dina ank manja Papa..
Melepek kat Papa shj dia.....

Monday, March 8, 2010

Mama laks

Hampir sebulan gak Mama cuti tau....dr sebelum CNY sampailah Chap Goh Meh tu...
Masuk keje 01-03-10 tu...
Tup-tup Rabu tu rasa mata cam sakit semacam..
Khamis g jumpa doc...
Masa tu mata dah bengkak sebelah dah...
G jumpa doc kata infection jerk..
Mama minta MC tapi x dpt sebab doc kata x effect dan jangkit kat org lain..
Abisss...tak kan nak g keje mata 'tembil' cam nih...????
Apa hal..????Ngintai sape laks aku...
Aduhaiiiii.....
Nak tak nak...cover ngan spek nih...beli kat Alfio Rado thn lepas..
Jgn mereka kata PS Butik laks...
Dah la nampak cam melaram g opis.....
Apa nak buat...Keje opis pun melambak...
Maklumlah...sambut CNY tu hari.....
Huhuhuuuuuuuuuuuuuu

Sekali pandang ader gak cam kena tumbuk...
Kes dera ke apa nih..???
Pagi2 mai opis tu masing2 dok sound aku..
"Nak holiday mana nih..??"
"Nak g shopping ke..???"
"S.Jibeng ke wei....???"
"Fewiitt.....jln belakang artis.."
Artis 'taik' ko...Jangkit nanti nak...
Macam2 la aku kena

Berkurung di rumah...

Apalah yg boleh buat kat umah yek...
Apa lagi..main..mian..main lah shj Dina dan Dani..
Lepas puas main..gaduh..Nangis..Tidolah....

Nak kuar jln2 Papa pun x bleh kuar..
Abis....
Mama dah lama x drive..
Maunya jadi benda lain nanti...
Abiss.....dok umah shjlah..
Layan kerenah anak2..dan bapak....
Heheheeee....

Papa dilanda chic pox 21-02-10




Yg last sekali kena adalah Papa..
Tgk tuh...besar2 tau...
Mmg Papa paling teruk..
Dgn gatal2 seluruh bdn...
Dgn sakit kepala....
Dgn demam dia lagi.....
Tu la..kecik2 x mau kena....
Sib baik Mama ader...jadi Nurse kat umah....
Part time....
Bayaran..mahal tau...
Mama x mau jaga org lain..
Jaga Papa,Dina dan Dani cukup dah.......

Dani dilanda chic pox 19-02-10

Dani dah jangkit laks...pas Dina baik sambung laks ngan Dani
Masa ni dah nak balikKL dah......Tgk tu..sedih shj muka Dani yg dah naik2 merahnya.....
Kesian Dani tau....




Dina dilanda chic pox 08-02-10

Dina dilanda chic pox pada 08-02-2010.Dina beransur pulih pada 18-02-2010.

Masa ni la dah bawa Dina jln2 sekitar Kuantan..Maklumlah dah seminggu lebih berkurung kat umah shj kan...Nanti kuar jangkit org kan bersalah tuh..



















Update Blog

Wajah2 happy nak pergi tgk layang-layang....

Memang dah lama x bawa ank2 jln2..ni pun gambar lama sebelum mereka dilanda chic pox baru2 ini..

Sepanjang CNYear tu hari kami memang melepak di kg.Dina kena chic pox pada 08/02/2010 sampai 20/12/2010 tu barulah beransur baik...

Pastuh Dani laks jangkit pada 19/02/2010 sampai la 28/02/2010 tu

Nak lagi best Papa laks jangkit pada 21/02/2010 tu...

Ya Allah..bersambung2 tau.....

Mama jadi Nurse kat umah..

Mama dah kena jangkitan nih pada umur 9 thn dulu..Sib baiklah..

Ni chic pox yg besar2 tu tau...merah2 berair lagi...

Kesian diaorg...memang tak selesa dan miang la jadinya........

Selama di kg bila Dina dah ok sikit ader gak g jln2 bawak dia g main....