-Memang berguna ilmu yg disampaikan dalam web ni...tersentuh rasa dijiwa.....
....Dipetik dari anakkusoleh.com...
Sedarkah kita..
Apabila kita menjerit, menengking, membebel, memaki, mem-perli dan menggunakan kekerasan kepada anak kita,
kesan jangka pendek; dia mungkin akan ikut cakap kita.
Tetapi, untuk kesan jangka panjang; dia akan hilang rasa hormat pada kita, dia akan mula bercakap kepada kita dengan cara yang kasar, dia akan menjauhkan diri daripada kita (kerana takut dimarahi atau rasa diri tidak disayangi) dan kemuncaknya..dibimbangi, dia akan membenci kita seumur hidupnya (nau’zubillahiminzaalik)...
Sabar tidak beerti kita diam membatu melihat anak kita melakukan kesalahan. Sabar adalah satu sifat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada orang-orang beriman supaya mereka boleh menahan gelojak perasaaan daripada marah, atau mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan orang lain.
InsyaAllah, apabila kita ada sifat sabar, Allah swt akan berikan ilham kepada kita bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan penuh hikmah.
Atas maksud itu, marilah sama-sama kita lupakan kemarahan kepada anak-anak kita. Gantikan kemarahan itu dengan KESABARAN. Sesungguhnya Allah swt bersama-sama dengan orang yang sabar. Dan Allah swt telah janji dalam surah Al-Asr bahawa orang yang tidak rugi (yakni orang yang beruntung) ialah orang yang berpesan-pesan dengan KESABARAN.
Mari renungkan janji-janji Allah swt untuk orang yang bersabar dan menahan marahnya.
Semoga ia dapat meningkatkan keghairahan kita untuk menjadi ibubapa yang SABAR
Fadhilat Sabar
Dari Aisyah r.aha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang berlaku lemah lembut kepada ahli keluarganya, kelembutan itu akan memberi manfaat kepada ahli keluarganya. (Sebaliknya) Barangsiapa yang tidak berlemah lembut dengan ahli keluarganya, mudharat dan keburukan akan sampai kepadanya." (HR Baihaqi)
Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda:
” Tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah."(HR Ahmad)
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa menelan kemarahannya, sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak, Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai. (HR Abu Daud)
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa menutup mulutnya, Allah akan menutup keburukannya, dan barangsiapa menelan kemarahannya, maka Allah akan menghindarkan dirinya dari azab. Dan barangsiapa menyesali daripada dosa-dosanya dan memohon ampun kepada Allah, maka Allaha kan menerima pengampunannya.” ( HR Baihaki)

No comments:
Post a Comment