Monday, April 25, 2011

Maher Zain - InsyaAllah

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah

Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Kembalilah Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Hidup kiterr ni x lari dari masalah...buat masalah...ditimpa masalah kan...Nama pun hidup cam roda...x kan nak kat atas jerk kan...ada kalanya mesti kat bawah....tu semua lumrah hidup...Kiter kena tabah dan sabar menghadapinya...tapi tu la kan...iman x kuat ni susah juga...bila ditimpa masalah mesti moral down punyer...mesti rasa semua benda x kena.....

Aku terpanggil utk membaca dlm blog ummu salihin...semua dugaan ni dtg dr Allah..ada sebab Allah uji kita....itu tanda Allah sayangkan kiter..............

-Dipetik dr anakkusoleh.com-
Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita

Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah.

Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah #1: Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.
Hikmah #2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.
Hikmah #3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (Al Insyirah: 5-6)

No comments:

Post a Comment